borneo interland logo
borneo interland logo
+

  Armanoor Travel Service Sdn. Bhd.

    Dimana bermulanya satu pengembaraan                                                   Co No.753152D

                                 SELAMAT DATANG 

gading rafflesia
gading rafflesia
+

     

SARAWAK, juga di kenali sebagai Bumi Kenyalang, merupakan Negeri yang terbesar didalam Persekutuan Malaysia dengan keluasan tanahnya kira kira 124,449.51 kilometer persegi.
Bandaraya Kuching merupakan ibu negeri bagi Sarawak dan Sarawak juga terkenal dengan pecahan kumpulan etnik yang tersendiri iaitu kira kira 27 suku kaum. Antara etnik etnik yang terdapat di Sarawak ialah Melayu Sarawak, Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan lain lain.
Sarawak menawarkan pelbagai destinasi pelancungan yang menarik. Akronim CAN (Culture, Adventure & Nature) menjelaskan alam Sarawak iaitu Budaya, Kembara dan Alam semula jadi. Daripada budaya modern di bandar bandar kepada budaya arkaik di pendalaman Sarawak, penduduknya menyambut pelbagai jenis perayaan setiap tahun, Namun sambutan perayaan yang sangan sinonim dengan Sarawak adalah Hari Gawai.
Warisan Sarawak yang kaya meliputi dari alam liar rimba hingga ke dunia bawah air. Antara destinasi yang sering menjadi tumpuan para pelancungan luar dan dalam yang berkunjung ke Sarawak ialah Kampung Budaya Sarawak, Muzium Etnologi Sarawak dan Muzium Islam, Rumah  Panjang kaum etnik Sarawak, Taman Negara Bako, Taman Negara Gading, Taman Negara Mulu, Taman Rezab Gua Angin dan Gua Pari Pari, Pasar Minggu Serikin, Pusat Perhilitan Orangutan Semenggoh, Lemanak dan Batang Ai River Safari  dan lain lain.

                     "Selamat Datang Ke Sarawak"

             Armanoor..... Bermulanya Satu Pengembaraan.


       PEJABAT URUSAN
  63, 1st Floor MainBazaar
  93000, Kuching, Sarawak
  Borneo, Malaysia.

          HUBUNGI
  Tel : +6082 413595
  Fax : +6082 411619
              E-MAIL
   borneoit@hotmail.com
  linacmm@gmail.com 
  armanoor1@outlook.com

  HP/WHATSAPP/WECHAT
  +6012 886 3309 - Lina 
  +6012 808 3309 - Steven

             FACEBOOK
        Borneo Interland