SARAWAK, juga di kenali sebagai Bumi Kenyalang, merupakan Negeri yang
terbesar didalam Persekutuan Malaysia dengan keluasan tanahnya kira kira
124,449.51 kilometer persegi. Bandaraya Kuching merupakan ibu negeri
bagi Sarawak dan Sarawak juga terkenal dengan pecahan kumpulan etnik
yang tersendiri iaitu kira kira 27 suku kaum. Antara etnik etnik yang
terdapat di Sarawak ialah Melayu Sarawak, Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan,
Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan,
Sekapan, Kejaman, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan
lain lain. Sarawak menawarkan pelbagai destinasi pelancungan yang
menarik. Akronim CAN (Culture, Adventure & Nature) menjelaskan alam
Sarawak iaitu Budaya, Kembara dan Alam semula jadi. Daripada budaya
modern di bandar bandar kepada budaya arkaik di pendalaman Sarawak,
penduduknya menyambut pelbagai jenis perayaan setiap tahun, Namun
sambutan perayaan yang sangan sinonim dengan Sarawak adalah Hari Gawai. Warisan
Sarawak yang kaya meliputi dari alam liar rimba hingga ke dunia bawah
air. Antara destinasi yang sering menjadi tumpuan para pelancungan luar
dan dalam yang berkunjung ke Sarawak ialah Kampung Budaya Sarawak,
Muzium Etnologi Sarawak dan Muzium Islam, Rumah Panjang kaum etnik
Sarawak, Taman Negara Bako, Taman Negara Gading, Taman Negara Mulu,
Taman Rezab Gua Angin dan Gua Pari Pari, Pasar Minggu Serikin, Pusat
Perhilitan Orangutan Semenggoh, Lemanak dan Batang Ai River Safari dan
lain lain.